Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong
19 September 2020 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan sebuah kempen kesedaran, iaitu Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong. Berikutan dengan begitu banyak penyebaran berita palsu dan berita berunsur kebencian, SKMM melancarkan kempen ini dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya pengguna media sosial agar tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara bagi menyebarkan berita palsu dan mesej yang berunsur kebencian. Kempen ini menekankan lima mesej sebagai garis panduan iaitu “Beringat Bila Bercakap”, “Bijak Menilai”, “Bercakap Benar”, “Beri Pandangan Tanpa Menyebarkan Kebencian” dan “Luahkan Pendapat Berdasarkan Fakta”
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: